Assalamualaikum!
Hmmmm aku rasa ni la blog entri aku yang paling aneh dan special, sebab buat kali pertama aku berbahasa melayu dalam blog. Nak dijadikan cerita, member aku sorang ni bernama Abang Faizal Nizam dah bagi cadangan suruh masuk segmen yang dia buat iaitu "Termanis dan Terpahit" sepanjang 2010 yang aku penah hadapi. Memandangkan aku baru saja habis exam, so aku pun dengan keriangannya menulis bait2 perkataan ini. Lagipun memang dari dulu aku rasa patut ada segmen macam ni sebab, yelah, untuk bagi pengajaran dan pengalaman, sebab bukan selalu sangat kita nak ingat balik kat kenangan pahit dan manis nih.
Orait,
Kenangan Termanis aku untuk tahun 2010 ialahhhhh jeng3x! Aku dapat anak sedara!! perghhh manis melekat kot sebab aku ni plak jenis suka baby2 nih.. Punya laa seronok sampaikan tiap2 minggu aku berulang alik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang semata mata nak tengok anak sedara "pertama" aku membesor.. comel yaa amat.. hingga mencubit pipi bak kata orang. Tengok si kenit ni buat aku terfikir yang masa ni pantas berlalu.. dok tak dok dah besar dah si kenit ni.. baru jaa aku tengok kt gambar muka baby face, skrg dah jadi super cute face dah.. hehehe.. Emmm sama lah jugak dgn aku yang cepat betol dah besor.. tau tau dah 22 dah.. tak sempat aku nk karaoke puas2, dah kena bertanggungjawab sikit.. tapi apa2 pun senang cerita, aku rasa inilah kenangan termanis aku, mendapat anak saudara pertama (yang official).
Ok seronok-seronok dah, sekarang masa untuk sedih sikit laaa... hmmm.. Kenangan terpahit aku ehh, jap jap nak pikir... Haaaaa! kenangan terpahit aku ialah di saat aku terperangkap di Bukit Jalil sorang2 tanpa hala tujuan dan tanpa wang di poket! mak aihh rasa seram jugak bila dengar bab takde duit tuh. Ok meh aku citer sket.. Baru2 ni je pun, 26 haribulan 12, aku g tengok Rock The World dengan kawan2 kolej aku.. nak dijadikan cerita, member aku nk g tgk bola Malaysia lwn Indonesia kt sblah... aku malas nk g sbb tiket xde.. so, aku lepak tgk konsert ngan member yg lain sampai 12 tgh mlm... Time nak balik aku call lah member aku yang sepatutnya bawak aku pulang ke rumah aku kat Kondo Sentul Utama, tgk2 bateri fon dah kong.. mampus aku! dah pucat dah time tu... xpe aku g pulak tgk kt parking kete.. Mak aihh keter dah xde.. terus aku jadi gelabah beruk... geram ada, takut pun ada (skit-skit laa..) tapi yang paling tensen ialah duit takde plak... So, aku tanpa hala tuju, terus pegi stesen LRT kt Stadium tu..
Dalam hati aku terpikir..."hmmm... apa nak jadi jadi laaa.." Aku pun terus g kt stesen LRT tu dan naik LRT tanpa tiket.. macam mana aku lepas kat gate? hmmm aku seludup masuk time orang ramai2 tengah kalut.. Dipendekkan cerita akhirnya sampailah ke Stesen Sentul.. (macam mana aku lepas dari stesen sentul tanpa tiket tu pun biarlah jadi rahsia aku..hehe). So, itulah dia pengalaman aku yang terpahit sebab banyak sangat panik2 dan aksi2 loncatan maut.. Pengajaran dalam cerita ni, "jangan merayap sampai tengah2 mlm especially time birthday".. bak kata org tua2 laa...
"Alamak cerita kenangan terpahit aku lagi panjang dari cerita kenangan termanis! hampeh btul."
Hmmmm maka dengan ini siaplah post aku khas untuk Faizal Nizam bin Mohd Fuad.
Akhir kata, jadikan pengalaman 2010 ni satu pengajaran kepada kita, dan ingat! 2011 ni buat yang lebih baik. Ingatlah bahawa "Karaoke boleh mengurangkan stress."
P/S: Tanpa kenangan pahit, kita tidak akan menghargai kenangan manis yang kita ada.
2 comments:
oittt..ahaha
mcm mane ko lompat pgar lrt ek..gagga
wehh..follow blog aku..aku dh fllow blog ko..
-pejal
@pejal
hahaha...jgn dok bagi kantoi pejal oiii... hahaha.. diam2 sudahhh.. biar itu jadi rahsia aku..hehe
Post a Comment