Friday, April 15, 2011

Breaking my body limit!

Salam...

Hari ini aku dah berjaya melepasi keupayaan badan aku menampung aku ke kolej, balai senilukis dan pulang, tanpa sebarang tenaga, sebab aku tak tidor. dan aku survive dengan bantuan redbull dua tin dan 1 ice cold mocca latte. Tapi mata still ngantok.. tido jap laa..

Orait chow.

LIMIT BREAK!! biru mata hitamku!

Wednesday, April 13, 2011

Anonymous. Not a STALKER!

"Senang je nak cakap, tapi buat tu yang susah!." Memang semua manusia di planet bumi ni tau maksud ayat nih, dan sedia maklum tentangnya, tapi kita still can't help but doing it. Yeahh.. pada aku semua orang pun macam tu. Bila berkata-kata, perghhhh tak hengat! tapi time nak buat tu, mak aihh susah nak mampos. Sama laa jugak ngan aku.

Terdetik nak crita pasal ni sebab ada laa satu kejadian yang membuat aku terfikir. Pada suatu hari.....burung-burung pun berkicauan..eh, sori2...

So, seriously, one day tu kan, aku appear anonymously kt blog someone-whom-I-cared-about-well-sort-of dan bertanya something, to see how she react. Nah amik ko, jawapan dia really convincing sehingga aku terfikir pasal ni. More less dia cakap "If we want it, we should be trying to get it, rather than talks about it". Jawapan dia memang buat aku rasa kagum, sebab she was sort of hot-but-cool kinda person. However, she ask me one simple question which is "Who are you, really?" Damn.

Susah jugak kalau nak reveal self after asking question like that sebab one wrong step, and you're a stalker! So, aku decide to appear annonymous, again. (still nampak cam stalker). Ntah la beb.
Anyway, aku rasa nak active balik blogging nih. kot. if im not BZ. Amin.


P/s: I got one more question for her. "Will you treat me the same if you know who I really am?"

Tuesday, April 12, 2011

Balas Dendam! hahaha

Haaahh amik ko! 2 post dalam sehari! yeahhh

Inilah balasan sebab dah lama tak blogging.
Anyway, semenjak dua menjak nih aku jadi obses balik dengan dragonball, ntah laa kenapa..
Kena pulak jumpa map warcraft 3, ada dragonball z punya map, trus jadi addict! hehe
Pastu plak, busy punya pasal, dah dekat seminggu aku tak main Ultimate Dragonball v4.75 dengan kawan2 rumah.
Maybe sebab semua dah jadik lauk aku, so terpaksa laa aku cari saingan yang lebih mencabar.
As I said above, sebagai membalas dendam, aku ajak member dari uniKL kt tingkat atas rumah aku main same2, truk aku belasah diaorang sampai dua game! lauk betul budak2 uniKL nih..hehehe.

*Aku tertawa sebentar*

Player 1 (goku): "Shah, ko mmg suke buli noob kan?"
Player 7(cell): "Hehehehe...lepas geramm doo.."
Player 2 (vegeta): "Tunggu laa aku level tinggi dulu, bru bunuh!"

Hmmm... Kalau ada masa, aku rasa macam nak buat league kat KLMU basement. Takde hal kan?

Orait selamat pagi KL! chow dulu! Assalamualaikum.



Aku curik gambar nih kat sini!

Rekod Baru! 2 Bulan.

Assalamualaikum.

Masya Allah dah dua bulan aku tak bukak blog ni. Dah berhabuk dah. tapi nak buat macam mane, kerja2 kolej banyak sangat sampai tak sempat nak buang masa untuk blogging2 nih. Aku pn bukan laa blogger boy. hehehe.

Papehal pun, nak compile semua yang terjadi nih amat laa susah, so let say yang aku menempuh bulan2 yang sangat extreme sbb subject tahun nih sangat tidak aku minat. Semua bisness je. Padahal aku amik art pn. Hampeh pnya sistem. Tapi takpe laa, at least aku tau laa jugak hal hal bisnes ni so that people cannot cheat me, ye tak? hmmm..

Dah hampir 3 tahun lebih, tak pun 4 tahun dah aku nih tak involve dalam activiti "flirting" nih. Ye arhh, dah agak malas laa jugak dengan keadaan yang tak menentu dan kewangan yang bangang. Tapi yang membuat aku terfikir nih adalah sebab tadi ada member aku tegur.

"Wei, orang lain sumer dah berteman, ko bila lagi" dengan nada serius+seposen."

Aku pun terus termenung tak tau nak jawab pe. Aku cakap aku malas kang diorang cakap aku nih tak laku plak. (maybe memang betul kot) tapi yang pasti aku memang tak tahu apa yang patut aku jawab.

THE REAL QUESTION IS.

Apekah criteria seorang lelaki nih untuk ade aweks??
Jawapannya, pada pandangan aku, ia berdasarkan niat seseorang tu. Kalau lelaki tu nak berkapel just for fun, or for the sake of "$3X", then he doesn't deserve to have it, (even though more than 70% lesser men absolutely need girl just for that) but if the girl pn sama jgk setuju, maka banganglah mereka berdua.

Then if someone kapel for the sake of "heart saying that he need it" (muntah hijau aku!) then go for it laaa. Most people didnt realize that they completely fooling themself when saying things they didnt really ready for.

Untuk diri aku plak, aku rasa aku still not deserve to get any, besides the fact that aku nih pure breed gamers, slacker, and cukup2 makan.

Orait, setelah hampir beberapa rangkap aku membebel, aku dapati kesimpulan dari post ini adalah.................................................*** oh well. nevermind laa..

Something to think about: "You never realize that someone is special to you, until you lose one"

Assalamualaikum.

P/s: Tak sangka best jugak guna BM+BI nih... walaupun serabut tapi sedap macam rojak tonggek.

Thursday, January 6, 2011

**Yang Termanis dan Terpahit**

Assalamualaikum!

Hmmmm aku rasa ni la blog entri aku yang paling aneh dan special, sebab buat kali pertama aku berbahasa melayu dalam blog. Nak dijadikan cerita, member aku sorang ni bernama Abang Faizal Nizam dah bagi cadangan suruh masuk segmen yang dia buat iaitu "Termanis dan Terpahit" sepanjang 2010 yang aku penah hadapi. Memandangkan aku baru saja habis exam, so aku pun dengan keriangannya menulis bait2 perkataan ini. Lagipun memang dari dulu aku rasa patut ada segmen macam ni sebab, yelah, untuk bagi pengajaran dan pengalaman, sebab bukan selalu sangat kita nak ingat balik kat kenangan pahit dan manis nih.

Orait,

Kenangan Termanis aku untuk tahun 2010 ialahhhhh jeng3x! Aku dapat anak sedara!! perghhh manis melekat kot sebab aku ni plak jenis suka baby2 nih.. Punya laa seronok sampaikan tiap2 minggu aku berulang alik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang semata mata nak tengok anak sedara "pertama" aku membesor.. comel yaa amat.. hingga mencubit pipi bak kata orang. Tengok si kenit ni buat aku terfikir yang masa ni pantas berlalu.. dok tak dok dah besar dah si kenit ni.. baru jaa aku tengok kt gambar muka baby face, skrg dah jadi super cute face dah.. hehehe.. Emmm sama lah jugak dgn aku yang cepat betol dah besor.. tau tau dah 22 dah.. tak sempat aku nk karaoke puas2, dah kena bertanggungjawab sikit.. tapi apa2 pun senang cerita, aku rasa inilah kenangan termanis aku, mendapat anak saudara pertama (yang official).



Ok seronok-seronok dah, sekarang masa untuk sedih sikit laaa... hmmm.. Kenangan terpahit aku ehh, jap jap nak pikir... Haaaaa! kenangan terpahit aku ialah di saat aku terperangkap di Bukit Jalil sorang2 tanpa hala tujuan dan tanpa wang di poket! mak aihh rasa seram jugak bila dengar bab takde duit tuh. Ok meh aku citer sket.. Baru2 ni je pun, 26 haribulan 12, aku g tengok Rock The World dengan kawan2 kolej aku.. nak dijadikan cerita, member aku nk g tgk bola Malaysia lwn Indonesia kt sblah... aku malas nk g sbb tiket xde.. so, aku lepak tgk konsert ngan member yg lain sampai 12 tgh mlm... Time nak balik aku call lah member aku yang sepatutnya bawak aku pulang ke rumah aku kat Kondo Sentul Utama, tgk2 bateri fon dah kong.. mampus aku! dah pucat dah time tu... xpe aku g pulak tgk kt parking kete.. Mak aihh keter dah xde.. terus aku jadi gelabah beruk... geram ada, takut pun ada (skit-skit laa..) tapi yang paling tensen ialah duit takde plak... So, aku tanpa hala tuju, terus pegi stesen LRT kt Stadium tu..
Dalam hati aku terpikir..."hmmm... apa nak jadi jadi laaa.." Aku pun terus g kt stesen LRT tu dan naik LRT tanpa tiket.. macam mana aku lepas kat gate? hmmm aku seludup masuk time orang ramai2 tengah kalut.. Dipendekkan cerita akhirnya sampailah ke Stesen Sentul.. (macam mana aku lepas dari stesen sentul tanpa tiket tu pun biarlah jadi rahsia aku..hehe). So, itulah dia pengalaman aku yang terpahit sebab banyak sangat panik2 dan aksi2 loncatan maut.. Pengajaran dalam cerita ni, "jangan merayap sampai tengah2 mlm especially time birthday".. bak kata org tua2 laa...

"Alamak cerita kenangan terpahit aku lagi panjang dari cerita kenangan termanis! hampeh btul."

Hmmmm maka dengan ini siaplah post aku khas untuk Faizal Nizam bin Mohd Fuad.
Akhir kata, jadikan pengalaman 2010 ni satu pengajaran kepada kita, dan ingat! 2011 ni buat yang lebih baik. Ingatlah bahawa "Karaoke boleh mengurangkan stress."

P/S: Tanpa kenangan pahit, kita tidak akan menghargai kenangan manis yang kita ada.